ProZ.com translation contests »
32nd Translation Contest: "Movie night" » English to Malay » Entry by Syaida Ismail


Source text in English

Translation by Syaida Ismail (#37279) — Winner

To say that I was compelled by Parasite from start to finish is an understatement; its filming style with tracking shots are enthralling. Having watched several Korean films during the London Korean Film Festival, I was familiar with the usual genres employed in such films but Parasite seemed to defy them all! Parasite is comedic, in a quirky way, it is also a thriller, straddles class divisions and also depicts a family tale amongst other genres and is therefore likely to appeal to all ages.

Parasite truly deserves to be watched in a cinema to appreciate its nuances and the stylish cinematography. As a summary, to avoid spoilers, Parasite tells the tale of the interaction between the Park family and the Kim’s, an unemployed family, whose contrasting worlds collide with long lasting consequences.

[...]Bong Joon-Ho manages to pique the audience’s interest with brightly lit shots coupled with the effective use of indoor space, and it is surprising to realise, after the film’s 2 hour 12 minute length, that most of the scenes occur within the Park family’s home. The mundane elements of domesticity are displayed with an intriguing perspective showcasing Bong Joon-Ho’s flair. It is a slow burner but you will revel in its beauty and ingenuity as Parasite convinces that it operates solely on one level but it is in fact multi-layered and depicts social realism with empathy and pathos.

The cast are beguiling to watch, every facial movement and action is accentuated, even the mere act of walking up or down stairs can convey hidden meaning, which the camera fragments. Levels of unease are also created by virtue of that effective use of space with unusual camera angles and dramatic weather conditions ratcheting up that sensation. There is a surreal nature to Parasite, which its score emphasises, and furthermore the film adopts elements of the absurd devised in such an ingenious way which is truly cinematic magic. Parasite’s apparent eeriness will certainly keep you riveted and would not feel alien to the Twilight Zone school of filmmaking.

The actors are very impressive and add breadth to their roles creating relatability whilst seeming effortlessly cool. When Ki-Woo and Ki-Jeong Kim were working within the Park family home as private tutors they certainly epitomised this level of nonchalant, understated authority creating an aura of mysticism with the unspoken, almost mythical, tutoring techniques employed. Quite simply, the actors Park So-Dam and Choi Woo-Sik, as Ki-Woo and Ki-Jeong, are compelling to watch in the different directions that Parasite follows and they carry these performances seamlessly thereby inviting the audience to be on their side.

[...]Parasite is a remarkable piece of extremely skilful filmmaking, it is simply a must see film, and so I am looking forward to re-watching the film on its UK general release date.
Tidak keterlaluan jika saya katakan, saya sudah terpukau dengan Parasite, gaya ia difilemkan dengan cara menjejak syot dari satu subjek ke subjek lain sangat menakjubkan. Pernah menonton beberapa filem Korea ketika Festival Filem Korea London, saya sudah terbiasa dengan genre yang dipaparkan dalam filem-filem ini namun Parasite mengatasi segalanya! Filem ini menyelitkan komedi dengan unik, malah ia juga sebuah thriller yang dilatari perbezaan kelas yang dipaparkan menerusi kisah sebuah keluarga - yang mana sekaligus menjadikan ia seperti genre lain, diminati pelbagai tingkat umur.

Untuk menghargai filem ini dari segi gaya sinematografi dan nuasanya, ia wajar ditonton di panggung wayang. Bagi mengelakkan spoiler, dapat disimpulkan, Parasite mengisahkan tentang perhubungan keluarga Park dan Kim dari dua dunia berbeza, yang mana pertembungan mereka bakal memberi kesan pada jangka masa panjang.

[...] Bong Joon-Ho berjaya menarik minat penonton dengan syot-syot terang yang dipadankan dengan penggunaan ruang dalaman yang baik. Malah setelah 2 jam 12 minit filem ini ditayangkan, agak terkejut juga bila mendapat tahu yang kebanyakan adegan dalam filem ini berlaku di rumah keluarga Park. Elemen rumah tangga yang diselitkan dengan perspektif yang menarik benar-benar menonjolkan bakat Bong Joon-Ho. Meskipun ia agak lambat untuk dihadam, namun anda akan tenggelam dalam keindahan dan kebijaksanaan filem ini yang memberi 1001 makna dari segi realisme sosial dengan rasa empati dan sedih.

Watak-watak dalam filem ini juga sangat mengujakan untuk ditonton, setiap gerak wajah dan aksinya amat ditekankan, meskipun ia hanya pergerakan naik dan turun tangga, ia mampu memberi makna tersembunyi menerusi kamera. Rasa gelisah juga dicipta dengan bijak menggunakan ruang dengan gaya kamera yang luar biasa dan keadaan cuaca yang dramatik dalam memainkan peranan untuk mewujudkan sensasi. Parasite terasa lebih nyata dek kerana unsur luar biasa dibawanya, yang mana jelas menimbulkan magis sinematik. Malah kengerian filem ini akan membuatkan anda terpaku, dan pada masa yang sama tidak juga merasa pelik.

Para pelakonnya juga hebat dan perkaitannya antara satu sama lain juga menambah perasa dalam lakonan yang kelihatan sangat bersahaja. Ketika Ki-Woo dan Ki-Jeong Kim bekerja di rumah keluarga Park sebagai tutor peribadi, mereka ternyata memaparkan teknik mengajar yang kelihatan kasual tetapi membawa aura mistik yang tidak terucap dek kata-kata. Ini kerana, pelakon seperti Park So-Dam dan Choi Woo-Sik, sebagai Ki-Woo Dan Ki-Jeong sangat mempersonakan untuk ditonton dan mereka membawa lakonan ini dengan sangat bersahaja membuatkan penonton berpihak kepada mereka.

[...] Parasite ternyata sebuah mahakarya dan wajib ditonton semua. Kini, saya sudah tidak sabar-sabar untuk menonton filem ini sekali lagi pada tarikh tayangan rasminya di UK nanti.


Discuss this entry